Wednesday, May 28, 2008

Foto2 Exco Tertinggi...x official nie...just pengenalan biasa....



Yang Dipertua Persatuan Bekas Pelajar,
Nassry Mardee Ismail....




Naib Yang Dipertua Persatuan Bekas Pelajar,
Khairul Amri Bin Ibrahim.




Setiausaha Persatuan Bekas Pelajar,
Mas Nur Zafirah Bt Muhammad Saad...



Naib Setiausaha Persatuan Bekas Pelajar,
Mastura Bt Hj Ghazali....




Bendahari Persatuan Bekas Pelajar,
Nurhalilah Bt Abdullah....




Naib Bendahari Persatuan Bekas Pelajar,
Muhammad Zafran Bin Abdul Gaffor....

meeting di lewat mlm....hehehe...


BICARA AKADEMIK????
bunyinye gah semacam.....huhu......insyaALLAH tarikhnye akan diumumkn secepat mungkin....
btw, meeting pertama kami yg xle berapa meeting tlh berlangsung di IRUSA, Manjoi...ade la 8 org dtg....x rasmi pun....cume, bincang2 dan curah2 idea....





Dua bakal cikgu, tunggak utama program nie....abg hafiz dan abg zafran....



Sorang lagi cikgu, cikgu hapiz....sibuk meneliti kertas kerja....




Tutor perkapalan kite....mr ijat.....

Saturday, May 24, 2008

WATIKAH BUAT WARGA SMKDAS

Assalammualaikum W.B.T
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Rasullullah S.A.W..
Kepada seluruh warga SMKDAS yang dihormati,
Kami datang bukan untuk bermegah kerana kejayaan kami..
Kami datang bukan untuk mengkritik pentadbiran sekolah..
Kami datang bukan untuk menghina pelajar..
Kami datang bukan untuk menidakkan kewibawaan para guru..
Kami datang bukan kerana wang..
Kami datang bukan kerana nama..
Kami datang bukan untuk pinta disanjung..

Tetapi..
Kami datang kerana kasih..
Kami datang kerana sayang..
Kami datang kerana cinta..
Kami datang kerana tanggungjawab..
Kami datang kerana hendak membantu..
Kami datang kerana hendak berkongsi..
Kami datang kerana hendak berkorban..
Ini sekolah kami..
Kami datang kerana kami datang dari sini..

Di sekolah ini..
Semua orang boleh jadi Doktor..
Semua orang boleh jadi saintis..
Semua orang boleh jadi peguam..
Semua orang boleh jadi usahawan.

Semua orang boleh jadi pensyarah..
Semua orang boleh jadi Berjaya..
Berilah kami ruang untuk membawa anda semua Berjaya..

Kepada pihak pentadbiran..berilah kami peluang..
Kepada para guru..berilah kami komitmen..
Kepada para pelajar..kami akan bantu anda..

MOHD ARIF MOHD SARJIDAN
SPM 2002
FIZIK UNIVERSITI MALAYA.

Smkdas Tetap Dihati

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum..

Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNya kita bekas pelajar Smkdas dapat bertemu serta menubuhkan Persatuan Bekas Pelajar Smkdas pada Mesyuarat Agung pertama tadi. Bagi pihak rakan-rakan, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan menyampaikan rasa bangga dan besar hati terhadap Jawatankuasa Penaja yang diketuai oleh saudara Hasan kerana telah bersusah payah dalam menghadapi pelbagai rintangan untuk membentuk persatuan ini...

Semoga dengan tertubuhnya persatuan ini ia akan menjadi medan kepada kita untuk mengeratkan kembali ukhwah dan silaturrahim dikalangan bekas pelajar dengan barisan guru-guru Smkdas. Akhir Sekali, harapan saya agar persatuan ini terus berkekalan dan dapat membantu pihak sekolah dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama selaras dengan keperluan falsafah pendidikan kebangsaan...
-zafran-

Friday, May 23, 2008

Mesyuarat agong pertama...



rambut x jadi masalah!!!



salam tunggu detik ingin berkungfu....



dua wanita ini mampu menggegar dunia!!!



YDP masih blum dilantik dan sedang berharap akan dilantik..hehehe...



nama sudah di kertas, bantahan x akan dilayan...



syukry seperti mendengar kuliah...huhu...



YDP mula menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin yang sangat digeruni..hehe..



cikgu delima hilang!!!YDP lebih handal nampaknya...haha....



YDP pandai menghiburkan hati ahli mesyuarat...(",)...



x cukup di depan, di belakang pun nk jugak...haha...



abg khairul amri tersenyum girang...



tekunnye mendengar celoteh....



alhamdulillah, ramai juga yang hadir:-)

Hari ini dalam sejarah

ALHAMDULILLAH..akhirnya hari ini, 23 MEI 2008 dengan secara rasminya tertubuhlah PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMKDAS. persatuan ini adalah permulaan kepada ALUMNI SMKDAS yang bakal didaftarkan. Terima kasih kepada semua bekas pelajar yang hadir pada pagi tadi untuk perasmian. memang seronok dapat jumpa balik super duper senior, senior n junior. masa mesyuarat agong yang pertama kali pun berjalan dengan lancar. Tahniah kepada semua jawatankuasa tertinggi yang telah dilantik tadi. harap semua dapat memberikan kerjasama agar persatuan ini akan menjadi gah, dapat merealisasikan matlamat pertubuhan. emmm...dalam dok berbincang masa mesyuarat agong tadi dah pun ada beberapa cadangan aktiviti. untuk pengetahuan semua, aktiviti pertama yg akan diadakan ialah ACADEMIC TALK untuk students smkdas, insyallah akan diadakan pada sebaik sahaja selepas cuti sekolah ni. so, diharapkan sesapa yg berminat nk share ilmu n pengetahuan dgn adik2 sila le inform dlm blog nie(senang ckit). pastue sempena hari keusahawanan sekolah pd 14 jun ni persatuan akan buka keahlian kpd suma x-student. so sesapa berminat leh le dtg daftar berserta dgn yuran keahlian n tahunan(jgn riso ckit je). Ada lai beberapa aktivit2 lain tapi blum lai ditetapkan tarikhnye. so, kalo sesapa ada cadangan aktiviti lai untuk student smkdas(terutamanya) bleh la kongsi dlm blog nie(jgn segan gtau je). rasanye stop sini dulu. pe2 pun HIDUP ALUMNI SMKDAS!!!hehehe

Pendapat aku dan SMKDAS

Menjadi seorang pelajar dari sekolah yang bermasalah bukanlah suatu yang kita inginkan. Mungkin kita tak sedar, sebenarnya, itulah kelebihan buat diri kita. Sebagai seorang yang hampir mencapai cita-cita menjadi seorang guru, yang dulunya belajar dari SMKDAS, aku rasa, aku bertuah berada di sekolah ini. Yelah….dari sekolah dato ahmad said, orang duk kutuk je……tapi hakikatnya……kelebihan untuk kita buktikan, walaupun dari sekolah biasa, yang mungkin bermasalah, kita jugak boleh archive the target in life!!!!yang penting ade keinginan. Seriously……bukan bermakna kita biasa-biasa aje, tapi tak leh berjaya…….itu sebenarnya…..

Apabila kaki menginjak ke Kolej Matrikulasi Perlis, pertama kali masuk ke asrama, perasaan ‘homesick’ bukanlah asing bagi mereka yang masuk hostel pertama kali. Dan di situ lah, pengalaman masuk ke asrama yang aku rasa, “nice experience for those who first time enter the hostel”. Tak seteruk mana, sebab tiada istilah senior pun. Itu di matrikulasi. Lain pulak ceritanya tentang kawan-kawan. Satu bilik dengan aku, semuanya dari mereka yang memang berasrama penuh. Dan kebanyakan dari Sains Fizikal kat KMP dulu, dari MRSM Beseri. Wah….masuk kuliah pertama, masing-masing dah ada kawan-kawan sendiri, klik sendiri, maklumlah dah kenal…tapi aku????survive beb….kene la cari kawan baru…..kenal dengan diorang semua yang baru nak dikenali, dan segala macam cerita dari kisah diorang dari situ....kerdil gila rasa, dah la takde member, lps tu plak terpk2 budak2 ni semua pandai2 ni.....malu pun de.......(tapi masa tu nasib la aku pk gak, eleh....aku pun boleh belajar gak......lps matriks pun ok pe, sama jugak dengan diorang.......)itu tak termasuk diorang yang dari sek sains….pun ramai jugak. Aku pun tak paham, may be rezeki diorang, dah ditempatkan sekali…advantage untuk diorang, kawan ramai….tapi tak ramai jugak yang berjaya masuk ke u dengan coz yang diinginkan….may be diorang lupa, berada di matrikulasi bukan sekadar untuk bercinta, tapi juga untuk belajar….sebelah kaki dah masuk u orang kata…bukan itu yang aku nak tekan kan kat sini……aku rasa, aku tak terdedah sangat tentang matrikulasi dulu, betul la kata sape ntah yang aku baca dalam blog ni, takde pendedahan dari senior…so at least kalau ade alumni…may be kita boleh cerita pengalaman dan keseronokan belajar kat universiti. Perkembangan minda not just terkongkong di ipoh ….walau aku tak habis explore ipoh….hehehhee……ape la yang aku melalut ni…..ape2 je la…yang penting I’m proud to be in this school……dari form1 sampai form 5 tu….tak tukar sekolah pun, kira power gak la kan……hehehe…..semoga alumni club mencapai target…tahniah ye….sorry le takde wakil dari batch aku……aku pun praktikal lagi, takleh nak amik mc suka-suki……wish the best to alumni smkdas
-pena merah-