Thursday, January 29, 2009

smkdas di hati...

salam..
haha...
sy x tau nk tulis pe tp agak tertarik bce tulisan sis dina..
yup..
skol kite sgt cool...
hahahaha..
cikgu mansor de lg tau..
btw..
skol tue byk sgt simpan nostalgia indah...
sy membesar di sekolah tue..
blaja utk jd manusia juga di skol tue..
x mgkin jd sprti skrng tnpa smkdas...
love smkdas...
haha...

thanx a lot sis dina..

assalamualaikum...
first of all, nk thanx sis dina coz sudi utk tlg handle blog nie..
sy nk mintak maaf sbb jrg dpt update kerna busy sgt2..
dgn fakulti trlalu byk komitmen smpi kdg2 nk bkk blog nie pun susah..
cuma waktu cuti sy mmg ade usahakan something utk persatuan nie...
kite nie msh dlm mencari rangkaian alumni..
jd sy hrpkn kite sume dpt sama2 membantu..
agak susah jika kita mendaftar kerna bilangan ahli kite juga terlalu sikit..
saya harap sis dina dpt bantu saya dalam menguatkan lagi persatuan ini...

-ahsan-

SMKDAS di hati #001

Sebenarnya tak banyak yang saya tahu tentang pembikinannya. Tapi sebagai plajar pertama di sekolah ini saya memang amat menghargai sekolah ini berbanding sekolah2 lain yang pernah saya jejaki. Kenangan di sekolah ini juga membuatkan saya sentiasa merindui kawan2 saya.

Pada tahun 1991 sesi persekolahan pertama telah dimulakan. Sesi persekolahan ini mula dibuka di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Jelapang. Kami para pelajar memang tidak mendapat kemudahan yang secukupnya kerana menumpang di sekolah Cina ini. Penggunaan kelas dan bangunan juga adalah terhad. Namun kami amat berterima kasih terhadap Pengetua Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Jelapang yang telah memberi peluang kepada kami untuk belajar dan menggunakan kemudahan yang ada. Namun semangat untuk belajar dan dibimbing masih tebal dalam jiwa setiap pelajar.

Pada masa itu juga, untuk sesi 1991 kesemua pelajar adalah berada di Tingkatan 1 sebanyak 8 kelas semuanya. Iaitu kelas 1A1 hingga kelas 1A8. Lebih kurang 97% peratus adalah pelajar Melayu dan 3% adalah pelajar India dan Sikh. Sekolah ini tiada pelajar berbangsa Cina. Pengetua pada masa itu adalah Tuan Haji Isa Suffian dan guru Penolong Kanan pada masa itu Cikgu Salleh (sila betulkan kalau saya salah). Cikgu-cikgu yang mengajar di sekolah pada masa itu, Puan Azizah, En. Mansor, Puan Latifah, Puan Fuziah, Puan Sofea, En Shahriman, En Zainal, Cik Sarimah, Cik Rokiah, En Leonard Tan dan ada beberapa guru yang saya terlupakan namanya (maafkan saya).

Zaman itu juga, tiada kemudahan bilik komputer dan perpustakaan untuk kami. Kami belajar dan mengulangkaji di bawah pokok besar di sekeliling sekolah. Namun, kemudahan surau, padang, tandas, bilik guru disediakan. Selama hampir 2 tahun kami menumpang belajar di situ.

Pada penghujung tahun 1992, bangunan sekolah SMKDAS telah siap sepenuhnya untuk di duduki. Kami telah berpindah untuk belajar di bangunan yang serba baru itu. Bangunan yang cantik beserta kemudahan yang lengkap membuatkan semua pelajar teruja. Punyalah seronok masa tu. Bangku dan meja juga baru2. Siap buat kutipan untuk beli pembalut meja dan langsir. Semua kelas2 nampak cantik berseri. Setiap minggu juga ada pertandingan kelas terbersih. Bersemangat sungguh pelajar2 nak yang terbaik terhadap kelas mereka.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan SMKDAS, terutamanya guru2, pelajar2, pekerja sekolah, kerani, makcik kantin dan pak Guard. Tanpa kalian, SMKDAS tidak wujud...

Assalamualaikum semua

Hai, semua! Saya, Mardina a.k.a Dina atau boleh panggil je Sis Dina (kalau kalian di bawah umur). Saya adalah bekas pelajar pertama di sekolah ini dalam sesi 91/93. Saya telah diberi kepercayaan oleh adik Ahsan dan kawan2nya untuk mengupdate Blog ini. Saya harap kamu semua akan memberi kerjasama untuk kita sama2 mewarnai blog ini dengan cerita dan aktiviti dari kalangan kita untuk pengetahuan kawan2 yang lain.

Sila emailkan kepada saya apa-apa aktiviti kamu beserta gambar untuk tatapan kawan2 yang lain. Kalau ada gambar baru bersemangat nak baca kan? Kepada semua yang sudah mendaftarkan diri sebagai ahli persatuan, saya ucapkan terima kasih dan sokongan kamu semua amat diharapkan untuk memajukan persatuan ini.

Majulah persatuan kita untuk negara...