Monday, April 13, 2009

Bahas - Satu Bentuk Latihan Melahirkan Pemimpin Masa Depan

Pengetua SMK KDAS menyampaikan hadiah walaupun
terpaksa bertongkat akibat kemalangan dua bulan yang lalu

Dah jadi pengetua Hj Wazir, dulu, kami sama-sama jadi penolong Kanan.

Tak tau kenapa gelap pulak. Pembahas ni ada harapan jadi ahli politik


Minggu lepas dan hari Isnin baru-baru ini, saya menjadi hakim pertandingan Bahas Bahasa Malaysia Ala Parlimen Zon 5 Kinta Utara di SMK Kg Dato' Ahmad Said. Tujuh sekolah bertanding dan dalam pusingan akhir, SMK Convet Tarcisian telah bertemu tuan rumah. Tajuk perbahasa Pertambahan Wanita bekerja Mampu Meningkatkan Pembangunan Negara. Setelah menyampaikan hujah masing-masing SMK Concent sebagai pembangkang yang juga juara bertahan sekali lagi menang. Hujah mereka lebih mantap mereka bersedia dan tahu konsep bahas Ala Parlimen.

Konsep Bahas Ala Parlimen ini mula diperkenalkan kira-kira 12 tahun yang lalu. Bentuk perbahasan ini lebih bebas dan membantu menjana minda pelajar. Tiada lagi bentuk perbandingan seperti tajuk perbahasan dahulu. Kini tajuk yang diberikan merupakan satu pernyataan dan terpulang kepada pembahas untuk mentafsirkan tajuk. Konsep ini meminta pelajar banyak membaca bacaan luas. Malangnya, itulah kelemahan pelajar pada hari ini. Mereka langsung tidak membaca dan tidak boleh berfikir secara bebas. Segala-galanya mengharapkan diberikan oleh guru. Pembangunan dalam tajuk di atas misalnya boleh dilihat dari aspek pembangunan sosial, minda dan sahsiah atau dalam perkataan lain spiritual, bukan fizikal semata-mata. Ini sesuatu yang gagal didefinisikan dengan baik oleh kebanyakan pembahas.

Begitu juga dengan gaya perbahasan konsep Ala Parlimen. Gayanya lebih santai, bukan berapi-api seperti pidato. Malah, pembahas tidak perlu menggunakan bunga bahasa yang hanya membuang masa. Yang penting ialah kebolehan mematahkan hujah lawan secara impromtu atau spontan. Itu sesuatu yang sukar didapati daripada pelajar hari ini. Apapun saya perhatikan tiada seorang pun pembahas dari kalangan pelajar lelaki. Seperti kata seorang pembahas, pelajar lelaki lebih suka duduk depan komputer dan main permainan video.

Apa pun SMK KDAS ni memang best dari segi penganjuran. Makan memang meriah. Guru-gurunya bekerja sama masak makanan yang best. Jadi hakim kenyangla. Terima kasih banyak. Tahun depan boleh jadi tuan rumah lagi. Teringat jadi Ketua Pengawas PMR di Sekolah Sains Selangor tahun 1991 dulu. Sekolah Berasrama Penuh, kaya, tapi bagi minum teh o dengan biskut mayat jer. Bukannya lapar sangat, tapi itulah namanya berbudi. Tak taulah pulak sekarang ni camna. Tapi PGS pengetua baru dari SMJK Poi Lam, kami dah beritahu sebelum beliau pergi dulu, kalau jaga SPM/PMR jangan bagi makan biskut lagi.

Ihsan Dri Blog Cikgu Azmi