Saturday, May 24, 2008

Smkdas Tetap Dihati

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum..

Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNya kita bekas pelajar Smkdas dapat bertemu serta menubuhkan Persatuan Bekas Pelajar Smkdas pada Mesyuarat Agung pertama tadi. Bagi pihak rakan-rakan, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan menyampaikan rasa bangga dan besar hati terhadap Jawatankuasa Penaja yang diketuai oleh saudara Hasan kerana telah bersusah payah dalam menghadapi pelbagai rintangan untuk membentuk persatuan ini...

Semoga dengan tertubuhnya persatuan ini ia akan menjadi medan kepada kita untuk mengeratkan kembali ukhwah dan silaturrahim dikalangan bekas pelajar dengan barisan guru-guru Smkdas. Akhir Sekali, harapan saya agar persatuan ini terus berkekalan dan dapat membantu pihak sekolah dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama selaras dengan keperluan falsafah pendidikan kebangsaan...
-zafran-

0 comments: