Saturday, May 24, 2008

WATIKAH BUAT WARGA SMKDAS

Assalammualaikum W.B.T
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Rasullullah S.A.W..
Kepada seluruh warga SMKDAS yang dihormati,
Kami datang bukan untuk bermegah kerana kejayaan kami..
Kami datang bukan untuk mengkritik pentadbiran sekolah..
Kami datang bukan untuk menghina pelajar..
Kami datang bukan untuk menidakkan kewibawaan para guru..
Kami datang bukan kerana wang..
Kami datang bukan kerana nama..
Kami datang bukan untuk pinta disanjung..

Tetapi..
Kami datang kerana kasih..
Kami datang kerana sayang..
Kami datang kerana cinta..
Kami datang kerana tanggungjawab..
Kami datang kerana hendak membantu..
Kami datang kerana hendak berkongsi..
Kami datang kerana hendak berkorban..
Ini sekolah kami..
Kami datang kerana kami datang dari sini..

Di sekolah ini..
Semua orang boleh jadi Doktor..
Semua orang boleh jadi saintis..
Semua orang boleh jadi peguam..
Semua orang boleh jadi usahawan.

Semua orang boleh jadi pensyarah..
Semua orang boleh jadi Berjaya..
Berilah kami ruang untuk membawa anda semua Berjaya..

Kepada pihak pentadbiran..berilah kami peluang..
Kepada para guru..berilah kami komitmen..
Kepada para pelajar..kami akan bantu anda..

MOHD ARIF MOHD SARJIDAN
SPM 2002
FIZIK UNIVERSITI MALAYA.

0 comments: