Tuesday, October 27, 2009

Kita dah ada Facebook sekarang... yeay!

Hai! Friends... sekarang kita dah ada Laman Facebook untuk memantapkan lagi persatuan bekas pelajar ini.

Anda semua boleh melawat di sini.

REUNION EX-SMKDAS

Kepada semua ex-SMKDAS(Sek.Men Keb Kg Dato Ahmad Said) kami bercadang ingin membuat reunion..


TEMPAT : KAWASAN PERKELAHAN CHEPOR
TARIKH : 12-DEC-2009(SABTU)
MASA: 9.30PAGI - 2PTG
BAYARAN : RM30.00
AKTIVITI: -SESI SUAI KENAL
- MANDI MANDA
- MAKAN-MAKAN - BBQ
- CABUTAN BERTUAH
-SEHELAI T-SHIRT REUNION


Cara Bayaran:

1-Bayaran hendaklah di lakukan melalui bank in akaun Maybank.(ac no:5082253110)
2-Slip bank bayaran mestilah di faks ke no 1)05-3222484 / 05-2550915 / 03-77838470 @ email ke putrizmia06@yahoo.com.my.
3-Sila sertakan alamat rumah semasa faks slip pembayaran utk memudahkan kami mengepos kad.
4-Kepada yang telah membuat bayaran akan menerima kad jemputan beserta no cabutan bertuah.
5-T-shirt akan di berikan semasa reunion.

P/S:Sebarang perubahan dan masalah akan di maklumkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan @ apa sahaja kemusykilan sila hubungi:

1-YUSFAZILAWATI BT MOHAMED YUSOP 012-5024639 / 019-3311305
2-MARDINA MD JAMIL 017-6973077

Kepada semua ex-SMKDAS(Sek.Men Keb Kg Dato Ahmad Said) kami bercadang ingin membuat reunion..

Tuesday, June 16, 2009

Jamuan Aidilfitri 2009

assalamualaikum w.b.t
beberapa perbincangan dan masalah telah berjaya diselesaikan..
alhamdulillah..
jadi perancangan utama sekarang ialah utk mengadakan jamuan hari raya aidilfitri pada 28 SEPT 2009 di Meru Raya..
lokasinya ialah di rumah YDP sendiri kerana bagi menjimatkan kos..
bayaran yg dikenakan hanya RM5 sahaja memandangkan kami AJK akn mencari sponsor dr sumber2 yg boleh...
jd sesiapa yg berminat utk sertai bleh call saya di 0195749709 (Hasanuddin)...

sekian...

Monday, April 13, 2009

Bahas - Satu Bentuk Latihan Melahirkan Pemimpin Masa Depan

Pengetua SMK KDAS menyampaikan hadiah walaupun
terpaksa bertongkat akibat kemalangan dua bulan yang lalu

Dah jadi pengetua Hj Wazir, dulu, kami sama-sama jadi penolong Kanan.

Tak tau kenapa gelap pulak. Pembahas ni ada harapan jadi ahli politik


Minggu lepas dan hari Isnin baru-baru ini, saya menjadi hakim pertandingan Bahas Bahasa Malaysia Ala Parlimen Zon 5 Kinta Utara di SMK Kg Dato' Ahmad Said. Tujuh sekolah bertanding dan dalam pusingan akhir, SMK Convet Tarcisian telah bertemu tuan rumah. Tajuk perbahasa Pertambahan Wanita bekerja Mampu Meningkatkan Pembangunan Negara. Setelah menyampaikan hujah masing-masing SMK Concent sebagai pembangkang yang juga juara bertahan sekali lagi menang. Hujah mereka lebih mantap mereka bersedia dan tahu konsep bahas Ala Parlimen.

Konsep Bahas Ala Parlimen ini mula diperkenalkan kira-kira 12 tahun yang lalu. Bentuk perbahasan ini lebih bebas dan membantu menjana minda pelajar. Tiada lagi bentuk perbandingan seperti tajuk perbahasan dahulu. Kini tajuk yang diberikan merupakan satu pernyataan dan terpulang kepada pembahas untuk mentafsirkan tajuk. Konsep ini meminta pelajar banyak membaca bacaan luas. Malangnya, itulah kelemahan pelajar pada hari ini. Mereka langsung tidak membaca dan tidak boleh berfikir secara bebas. Segala-galanya mengharapkan diberikan oleh guru. Pembangunan dalam tajuk di atas misalnya boleh dilihat dari aspek pembangunan sosial, minda dan sahsiah atau dalam perkataan lain spiritual, bukan fizikal semata-mata. Ini sesuatu yang gagal didefinisikan dengan baik oleh kebanyakan pembahas.

Begitu juga dengan gaya perbahasan konsep Ala Parlimen. Gayanya lebih santai, bukan berapi-api seperti pidato. Malah, pembahas tidak perlu menggunakan bunga bahasa yang hanya membuang masa. Yang penting ialah kebolehan mematahkan hujah lawan secara impromtu atau spontan. Itu sesuatu yang sukar didapati daripada pelajar hari ini. Apapun saya perhatikan tiada seorang pun pembahas dari kalangan pelajar lelaki. Seperti kata seorang pembahas, pelajar lelaki lebih suka duduk depan komputer dan main permainan video.

Apa pun SMK KDAS ni memang best dari segi penganjuran. Makan memang meriah. Guru-gurunya bekerja sama masak makanan yang best. Jadi hakim kenyangla. Terima kasih banyak. Tahun depan boleh jadi tuan rumah lagi. Teringat jadi Ketua Pengawas PMR di Sekolah Sains Selangor tahun 1991 dulu. Sekolah Berasrama Penuh, kaya, tapi bagi minum teh o dengan biskut mayat jer. Bukannya lapar sangat, tapi itulah namanya berbudi. Tak taulah pulak sekarang ni camna. Tapi PGS pengetua baru dari SMJK Poi Lam, kami dah beritahu sebelum beliau pergi dulu, kalau jaga SPM/PMR jangan bagi makan biskut lagi.

Ihsan Dri Blog Cikgu Azmi

Wednesday, February 4, 2009

Kepada semua bekas pelajar SMKDAS.

Dengan segala hormatnya saya sebagai wakil bagi mencari mana-mana bekas pelajar dari Sekolah Menengah Kampung Dato’ Ahmad Said, Leboh Rajawali, 30020 Ipoh, Perak untuk menyetai Persatuan Bekas Pelajar ini.

Kami ada menyediakan Borang Penyertaan untuk keahlian persatuan bagi mendaftar untuk Alumni. Untuk pengetahuan semua, kami ingin mengadakan Alumni ini untuk pengitirafan bagi tujuan kebajikan ahli persatuan.

Kami juga memohon kerjasama tuan/puan untuk membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak RM10.00 dan kad keahlian akan diberikan.

Kami akan mengadakan mesyuarat dan perjumpaan ahli pada masa akan datang. Ini untuk memantapkan lagi persatuan ini dan mahu meminta kerjasama tuan/puan untuk menyokong persatuan ini.

Segala pertanyaan lanjut boleh diemailkan pada saya, dina32541@gmail.com. Saya akan mengemailkan salinan borang kepada kalian. Kerjasama kalian amat saya harapkan.

Thursday, January 29, 2009

smkdas di hati...

salam..
haha...
sy x tau nk tulis pe tp agak tertarik bce tulisan sis dina..
yup..
skol kite sgt cool...
hahahaha..
cikgu mansor de lg tau..
btw..
skol tue byk sgt simpan nostalgia indah...
sy membesar di sekolah tue..
blaja utk jd manusia juga di skol tue..
x mgkin jd sprti skrng tnpa smkdas...
love smkdas...
haha...

thanx a lot sis dina..

assalamualaikum...
first of all, nk thanx sis dina coz sudi utk tlg handle blog nie..
sy nk mintak maaf sbb jrg dpt update kerna busy sgt2..
dgn fakulti trlalu byk komitmen smpi kdg2 nk bkk blog nie pun susah..
cuma waktu cuti sy mmg ade usahakan something utk persatuan nie...
kite nie msh dlm mencari rangkaian alumni..
jd sy hrpkn kite sume dpt sama2 membantu..
agak susah jika kita mendaftar kerna bilangan ahli kite juga terlalu sikit..
saya harap sis dina dpt bantu saya dalam menguatkan lagi persatuan ini...

-ahsan-

SMKDAS di hati #001

Sebenarnya tak banyak yang saya tahu tentang pembikinannya. Tapi sebagai plajar pertama di sekolah ini saya memang amat menghargai sekolah ini berbanding sekolah2 lain yang pernah saya jejaki. Kenangan di sekolah ini juga membuatkan saya sentiasa merindui kawan2 saya.

Pada tahun 1991 sesi persekolahan pertama telah dimulakan. Sesi persekolahan ini mula dibuka di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Jelapang. Kami para pelajar memang tidak mendapat kemudahan yang secukupnya kerana menumpang di sekolah Cina ini. Penggunaan kelas dan bangunan juga adalah terhad. Namun kami amat berterima kasih terhadap Pengetua Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Jelapang yang telah memberi peluang kepada kami untuk belajar dan menggunakan kemudahan yang ada. Namun semangat untuk belajar dan dibimbing masih tebal dalam jiwa setiap pelajar.

Pada masa itu juga, untuk sesi 1991 kesemua pelajar adalah berada di Tingkatan 1 sebanyak 8 kelas semuanya. Iaitu kelas 1A1 hingga kelas 1A8. Lebih kurang 97% peratus adalah pelajar Melayu dan 3% adalah pelajar India dan Sikh. Sekolah ini tiada pelajar berbangsa Cina. Pengetua pada masa itu adalah Tuan Haji Isa Suffian dan guru Penolong Kanan pada masa itu Cikgu Salleh (sila betulkan kalau saya salah). Cikgu-cikgu yang mengajar di sekolah pada masa itu, Puan Azizah, En. Mansor, Puan Latifah, Puan Fuziah, Puan Sofea, En Shahriman, En Zainal, Cik Sarimah, Cik Rokiah, En Leonard Tan dan ada beberapa guru yang saya terlupakan namanya (maafkan saya).

Zaman itu juga, tiada kemudahan bilik komputer dan perpustakaan untuk kami. Kami belajar dan mengulangkaji di bawah pokok besar di sekeliling sekolah. Namun, kemudahan surau, padang, tandas, bilik guru disediakan. Selama hampir 2 tahun kami menumpang belajar di situ.

Pada penghujung tahun 1992, bangunan sekolah SMKDAS telah siap sepenuhnya untuk di duduki. Kami telah berpindah untuk belajar di bangunan yang serba baru itu. Bangunan yang cantik beserta kemudahan yang lengkap membuatkan semua pelajar teruja. Punyalah seronok masa tu. Bangku dan meja juga baru2. Siap buat kutipan untuk beli pembalut meja dan langsir. Semua kelas2 nampak cantik berseri. Setiap minggu juga ada pertandingan kelas terbersih. Bersemangat sungguh pelajar2 nak yang terbaik terhadap kelas mereka.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan SMKDAS, terutamanya guru2, pelajar2, pekerja sekolah, kerani, makcik kantin dan pak Guard. Tanpa kalian, SMKDAS tidak wujud...

Assalamualaikum semua

Hai, semua! Saya, Mardina a.k.a Dina atau boleh panggil je Sis Dina (kalau kalian di bawah umur). Saya adalah bekas pelajar pertama di sekolah ini dalam sesi 91/93. Saya telah diberi kepercayaan oleh adik Ahsan dan kawan2nya untuk mengupdate Blog ini. Saya harap kamu semua akan memberi kerjasama untuk kita sama2 mewarnai blog ini dengan cerita dan aktiviti dari kalangan kita untuk pengetahuan kawan2 yang lain.

Sila emailkan kepada saya apa-apa aktiviti kamu beserta gambar untuk tatapan kawan2 yang lain. Kalau ada gambar baru bersemangat nak baca kan? Kepada semua yang sudah mendaftarkan diri sebagai ahli persatuan, saya ucapkan terima kasih dan sokongan kamu semua amat diharapkan untuk memajukan persatuan ini.

Majulah persatuan kita untuk negara...