Monday, April 13, 2009

Bahas - Satu Bentuk Latihan Melahirkan Pemimpin Masa Depan

Pengetua SMK KDAS menyampaikan hadiah walaupun
terpaksa bertongkat akibat kemalangan dua bulan yang lalu

Dah jadi pengetua Hj Wazir, dulu, kami sama-sama jadi penolong Kanan.

Tak tau kenapa gelap pulak. Pembahas ni ada harapan jadi ahli politik


Minggu lepas dan hari Isnin baru-baru ini, saya menjadi hakim pertandingan Bahas Bahasa Malaysia Ala Parlimen Zon 5 Kinta Utara di SMK Kg Dato' Ahmad Said. Tujuh sekolah bertanding dan dalam pusingan akhir, SMK Convet Tarcisian telah bertemu tuan rumah. Tajuk perbahasa Pertambahan Wanita bekerja Mampu Meningkatkan Pembangunan Negara. Setelah menyampaikan hujah masing-masing SMK Concent sebagai pembangkang yang juga juara bertahan sekali lagi menang. Hujah mereka lebih mantap mereka bersedia dan tahu konsep bahas Ala Parlimen.

Konsep Bahas Ala Parlimen ini mula diperkenalkan kira-kira 12 tahun yang lalu. Bentuk perbahasan ini lebih bebas dan membantu menjana minda pelajar. Tiada lagi bentuk perbandingan seperti tajuk perbahasan dahulu. Kini tajuk yang diberikan merupakan satu pernyataan dan terpulang kepada pembahas untuk mentafsirkan tajuk. Konsep ini meminta pelajar banyak membaca bacaan luas. Malangnya, itulah kelemahan pelajar pada hari ini. Mereka langsung tidak membaca dan tidak boleh berfikir secara bebas. Segala-galanya mengharapkan diberikan oleh guru. Pembangunan dalam tajuk di atas misalnya boleh dilihat dari aspek pembangunan sosial, minda dan sahsiah atau dalam perkataan lain spiritual, bukan fizikal semata-mata. Ini sesuatu yang gagal didefinisikan dengan baik oleh kebanyakan pembahas.

Begitu juga dengan gaya perbahasan konsep Ala Parlimen. Gayanya lebih santai, bukan berapi-api seperti pidato. Malah, pembahas tidak perlu menggunakan bunga bahasa yang hanya membuang masa. Yang penting ialah kebolehan mematahkan hujah lawan secara impromtu atau spontan. Itu sesuatu yang sukar didapati daripada pelajar hari ini. Apapun saya perhatikan tiada seorang pun pembahas dari kalangan pelajar lelaki. Seperti kata seorang pembahas, pelajar lelaki lebih suka duduk depan komputer dan main permainan video.

Apa pun SMK KDAS ni memang best dari segi penganjuran. Makan memang meriah. Guru-gurunya bekerja sama masak makanan yang best. Jadi hakim kenyangla. Terima kasih banyak. Tahun depan boleh jadi tuan rumah lagi. Teringat jadi Ketua Pengawas PMR di Sekolah Sains Selangor tahun 1991 dulu. Sekolah Berasrama Penuh, kaya, tapi bagi minum teh o dengan biskut mayat jer. Bukannya lapar sangat, tapi itulah namanya berbudi. Tak taulah pulak sekarang ni camna. Tapi PGS pengetua baru dari SMJK Poi Lam, kami dah beritahu sebelum beliau pergi dulu, kalau jaga SPM/PMR jangan bagi makan biskut lagi.

Ihsan Dri Blog Cikgu Azmi

Wednesday, February 4, 2009

Kepada semua bekas pelajar SMKDAS.

Dengan segala hormatnya saya sebagai wakil bagi mencari mana-mana bekas pelajar dari Sekolah Menengah Kampung Dato’ Ahmad Said, Leboh Rajawali, 30020 Ipoh, Perak untuk menyetai Persatuan Bekas Pelajar ini.

Kami ada menyediakan Borang Penyertaan untuk keahlian persatuan bagi mendaftar untuk Alumni. Untuk pengetahuan semua, kami ingin mengadakan Alumni ini untuk pengitirafan bagi tujuan kebajikan ahli persatuan.

Kami juga memohon kerjasama tuan/puan untuk membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak RM10.00 dan kad keahlian akan diberikan.

Kami akan mengadakan mesyuarat dan perjumpaan ahli pada masa akan datang. Ini untuk memantapkan lagi persatuan ini dan mahu meminta kerjasama tuan/puan untuk menyokong persatuan ini.

Segala pertanyaan lanjut boleh diemailkan pada saya, dina32541@gmail.com. Saya akan mengemailkan salinan borang kepada kalian. Kerjasama kalian amat saya harapkan.

Thursday, January 29, 2009

smkdas di hati...

salam..
haha...
sy x tau nk tulis pe tp agak tertarik bce tulisan sis dina..
yup..
skol kite sgt cool...
hahahaha..
cikgu mansor de lg tau..
btw..
skol tue byk sgt simpan nostalgia indah...
sy membesar di sekolah tue..
blaja utk jd manusia juga di skol tue..
x mgkin jd sprti skrng tnpa smkdas...
love smkdas...
haha...

thanx a lot sis dina..

assalamualaikum...
first of all, nk thanx sis dina coz sudi utk tlg handle blog nie..
sy nk mintak maaf sbb jrg dpt update kerna busy sgt2..
dgn fakulti trlalu byk komitmen smpi kdg2 nk bkk blog nie pun susah..
cuma waktu cuti sy mmg ade usahakan something utk persatuan nie...
kite nie msh dlm mencari rangkaian alumni..
jd sy hrpkn kite sume dpt sama2 membantu..
agak susah jika kita mendaftar kerna bilangan ahli kite juga terlalu sikit..
saya harap sis dina dpt bantu saya dalam menguatkan lagi persatuan ini...

-ahsan-

SMKDAS di hati #001

Sebenarnya tak banyak yang saya tahu tentang pembikinannya. Tapi sebagai plajar pertama di sekolah ini saya memang amat menghargai sekolah ini berbanding sekolah2 lain yang pernah saya jejaki. Kenangan di sekolah ini juga membuatkan saya sentiasa merindui kawan2 saya.

Pada tahun 1991 sesi persekolahan pertama telah dimulakan. Sesi persekolahan ini mula dibuka di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Jelapang. Kami para pelajar memang tidak mendapat kemudahan yang secukupnya kerana menumpang di sekolah Cina ini. Penggunaan kelas dan bangunan juga adalah terhad. Namun kami amat berterima kasih terhadap Pengetua Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Jelapang yang telah memberi peluang kepada kami untuk belajar dan menggunakan kemudahan yang ada. Namun semangat untuk belajar dan dibimbing masih tebal dalam jiwa setiap pelajar.

Pada masa itu juga, untuk sesi 1991 kesemua pelajar adalah berada di Tingkatan 1 sebanyak 8 kelas semuanya. Iaitu kelas 1A1 hingga kelas 1A8. Lebih kurang 97% peratus adalah pelajar Melayu dan 3% adalah pelajar India dan Sikh. Sekolah ini tiada pelajar berbangsa Cina. Pengetua pada masa itu adalah Tuan Haji Isa Suffian dan guru Penolong Kanan pada masa itu Cikgu Salleh (sila betulkan kalau saya salah). Cikgu-cikgu yang mengajar di sekolah pada masa itu, Puan Azizah, En. Mansor, Puan Latifah, Puan Fuziah, Puan Sofea, En Shahriman, En Zainal, Cik Sarimah, Cik Rokiah, En Leonard Tan dan ada beberapa guru yang saya terlupakan namanya (maafkan saya).

Zaman itu juga, tiada kemudahan bilik komputer dan perpustakaan untuk kami. Kami belajar dan mengulangkaji di bawah pokok besar di sekeliling sekolah. Namun, kemudahan surau, padang, tandas, bilik guru disediakan. Selama hampir 2 tahun kami menumpang belajar di situ.

Pada penghujung tahun 1992, bangunan sekolah SMKDAS telah siap sepenuhnya untuk di duduki. Kami telah berpindah untuk belajar di bangunan yang serba baru itu. Bangunan yang cantik beserta kemudahan yang lengkap membuatkan semua pelajar teruja. Punyalah seronok masa tu. Bangku dan meja juga baru2. Siap buat kutipan untuk beli pembalut meja dan langsir. Semua kelas2 nampak cantik berseri. Setiap minggu juga ada pertandingan kelas terbersih. Bersemangat sungguh pelajar2 nak yang terbaik terhadap kelas mereka.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan SMKDAS, terutamanya guru2, pelajar2, pekerja sekolah, kerani, makcik kantin dan pak Guard. Tanpa kalian, SMKDAS tidak wujud...

Assalamualaikum semua

Hai, semua! Saya, Mardina a.k.a Dina atau boleh panggil je Sis Dina (kalau kalian di bawah umur). Saya adalah bekas pelajar pertama di sekolah ini dalam sesi 91/93. Saya telah diberi kepercayaan oleh adik Ahsan dan kawan2nya untuk mengupdate Blog ini. Saya harap kamu semua akan memberi kerjasama untuk kita sama2 mewarnai blog ini dengan cerita dan aktiviti dari kalangan kita untuk pengetahuan kawan2 yang lain.

Sila emailkan kepada saya apa-apa aktiviti kamu beserta gambar untuk tatapan kawan2 yang lain. Kalau ada gambar baru bersemangat nak baca kan? Kepada semua yang sudah mendaftarkan diri sebagai ahli persatuan, saya ucapkan terima kasih dan sokongan kamu semua amat diharapkan untuk memajukan persatuan ini.

Majulah persatuan kita untuk negara...

Tuesday, October 28, 2008

HISTORY OF POLITEKNIK UNGKU OMAR





Allahyarham Dato’ Profesor Ungku Omar Ahmad

Politeknik Ungku Omar telah ditubuhkan pada tahun 1969 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO. Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperolehi daripada United Nation Development Programme (UNDP). UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan politeknik tersebut di atas tapak seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik ini mengambil sempena nama Allahyarham Dato’ Profesor Ungku Omar Ahmad demi mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada negara dabangsa terutamanya dalam bidang penyelidikan perubatan.

Pada mulanya Politeknik ini menumpang di bangunan Pusat Latihan Harian (DTC) Ipoh yang kemudiannya menjadi Maktab Perguruan Kinta. Untuk kumpulan 300 orang pelajar yang pertama, kuliah diadakan mulai 2 Jun 1969. Tenaga pengajarnya pada masa itu terdiri dari 28 orang pensyarah tempatan dan dibantu oleh 14 orang sukarelawan dari Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun. Pada penghujung 1973, Politeknik berpindah ke kampus barunya dan ianya dirasmikan pada 10 Mei 1974 oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada waktu itu, Allahyarham Tun Abdul Razak b Hussein.




Semasa Perasmian Politeknik Oleh Dato' Profesor Ungku Omar Ahmad


Pada peringkat awal, Politeknik ini cuma mempunyai empat Jabatan Akademik iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan yang menawarkan pelbagai kursus di peringkat diploma dan sijil. Pada tahun 1972, diwujudkan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan dan jabatan ini cuma menawarkan kursus tunggal pada peringkat Diploma. Pada 1 Mac 1999, dua unit akademik dinaikkan taraf sebagai Jabatan. Unit Matematik dan Sains dijadikan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer manakala Unit Bahasa/Agama pula dijadikan Jabatan Pengajian Am. Kini, Politeknik Ungku Omar mempunyai tujuh jabatan akademik.

Sejak permulaan hingga hujung 1999, PUO telah melahirkan sejumlah 27,195 orang graduan. Kini terdapat bekas pelajar PUO berkhidmat di pelbagai bidang aktiviti ekonomi negara dan mereka itu telah menyumbangkan kemahiran serta tenaga dalam proses pembinaan negara. Kejayaan ini adalah berkat usaha bersama semua pihak termasuk pensyarah dan kakitangan lain yang kini berjumlah 449 orang.

Pada 1 September 1999, Maktab Perguruan Kinta menyerahkan kampusnya kepada PUO. Kini kampus bekas maktab digunakan sepenuhnya oleh Jabatan Perdagangan dan Jabatan Pengajian Am. Perkembangan dalam saiz kampus PUO adalah perlu untuk menampung pertambahan pesat dalam bilangan pelajar. Pada suatu hari nanti bilangan pelajar PUO dijangka akan menjejak 10,000 orang.
-9w2sdm-